MALAYSIA“Gelombang tsunami Cov-19 yang lebih dahsyat…” – Dr Noor Hisham

0 11

MALAYSIA: Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah terlepas memberi peringatan kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan cov-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengajak kita semua belajar daripada negara lain agar dapat mencegah daripada dilanda gelombang tsunami cov-19 yang lebih dahsyat lagi. Dan perkara tersebut menjadi kebimbangan beliau.

Tambahnya orang ramai diminta agar terus patuh dengan penajarakan fizikan, memakai pelitup muka (kini sudah wajib atau tidak didenda RM1000.00). Selain itu, sentiasa mengamalkan cuci tangan.

Dr Noor Hisham turut tidak mengalakkan orang ramai untuk berada di tempat awam dan beliau meminta agar orang ramai berada di rumah yang lebih selamat. Keluar ketika perlu sahaja.

Dr Noor Hisham turut berkongsi peningkatan 3 negara iaitu, Hong Kong, Jepun, Australia yang mengalami lonjakan drastik kes cov-19 sejak Jun yang lalu, walaupun mereka berjaya mencatat penurunan ketara sebelum itu.

Gelombang kedua penularan cov-19 di negara tersebut menyaksikan peningkatan kes yang lebih dahsyat berbanding bulan Mac yang lalu.

Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kanak-kanak 2 tahun juga tidak perlu memakai pelitup muka. Ini disebabkan oleh kanak-kanak tidak pandai membuka pelitup muka tersebut.

Source

Slide ADS

20210620_200858
20210620_193725 (1)
20210620_200608
20210620_200827
20210620_200950
20210620_200858 20210620_193725 (1) 20210620_200608 20210620_200827 20210620_200950

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More